Mengenai Kami
Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) dulu dikenali sebagai Malaysian Co-operative Consumer Society Limited (MCCS) adalah salah sebuah koperasi pengguna di Malaysia. KKMB di daftarkan pada 11 Julai 1969 (Bil pendaftaran 4467). Matlamat penubuhan koperasi ini adalah untuk memastikan anggota dapat menikmati keistimewaan, ganjaran dan kelebihan sebagai anggota koperasi. Iaitu memberi barangan konsumer dengan potongan ansuran bulanan mengikut kehendak pengguna dan pembiayaan peribadi yang berkonsep tawarruq kepada kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun yang ada potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA). Di samping itu, kami juga menyediakan perkhidmatan Insurance takaful melalui MCCS Services sdn bhd yang dimilik sepenuh oleh KKMB.
Rasional Logo
Logo ini adalah di ilhamkan daripada rimbunan pokok banyan yang tegap lagi menarik. Cabang tujuh helai daunnya mewakili 7 prinsip koperasi. Secara simbolik, tunas-tunas daun ini menggambarkan pertumbuhan dan kepelbagaian kegiatan KKMB yang bermula dari tunas utamanya. Tunas ini juga memaparkan gabungan serta gerakan utama KKMB menuju ke arah dimensi baru.