VISI & MISI KKMB
Visi
Menjadi sebuah Koperasi yang dinamik, maju dan berdaya saing dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan pelanggan mengikut prinsip-prinsip Koperasi.
Misi
Memanfaatkan segala sumber secara strategik untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini di dalam sektor-sektor yang Koperasi Konsumer Malaysia Berhad terlibat bagi membolehkan anggota, pelanggan, rakan perniagaan dan kakitangan mendapat faedah daripadanya.
OBJEKTIF
Komersil
Membudayakan kecemerlangan koperasi dan menerapkan nilai-nilai keusasawanan dalam perniagaan.
Operasi
Memantapkan sistem dan jentera operasi supaya lebih berkualiti, inovatif, efektif dan efisyen.
Kewangan
Mencapai pertumbuhan mapan supaya Koperasi Konsumer Malaysia Berhad lebih berdaya tahan, berdaya saing dan cemerlang di era globalisasi.
Modal Insan
Meningkatkan komitmen, prestasi dan potensi diri warga kerja Koperasi Konsumer Malaysia Berhad.
Anggota
Menghargai sokongan dan kesetiaan anggota dengan mengambil kira keperluan dan merialisasikan impian serta harapan mereka.