Adalah dimaklumkan bahawa surat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertarikh 31 ogos 2024 (No. Rujukan: SKM.IP (AUDIT) AM 367/8026/62 JLD.8 (86) telah meluluskan permohonan pembayaran dividen Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) sebanyak 12% atas modal syer dan 2% atas modal yuran kepada Anggota individu. Sehubungan itu, semua anggota individu boleh menghubungi bahagian keanggotaan ( Pn. Hernah ) melalui e-mel untuk urusan pembayaran dividen. Sekian.