Dimaklumkan bahawa semua anggota KKMB perlu mencarum yuran RM30.00 sebulan mulai January 2024 bagi layak menghadiri mesyuarat kawasan pada tahun 2025 dan seterusnya.

Anggota yang gagal mengemaskini yuran bulanan sebelum 30 April 2024, akan hilang kelayakan sebagai anggota mengikut UUK 21 (2) (E) iaitu gagal menjelaskan yuran menurut undang-undang kecil 58, enam bulan berturut-turut dengan tiada kebenaran lembaga.

Senarai semua anggota yang hilang kelayakan sebagai anggota mengikut UUK 21 (2) (E) akan dibawa ke mesyuarat agong tahunan 2024 untuk pengesahan dan pemberhentian keanggotaan.

Semua anggota boleh menghubungi pejabat koperasi bagi urusan pembayaran yuran bulanan atau pengeluaran bagi anggota yang sudah terhenti keanggotaan.

Arahan

Lembaga KKMB

sk: Pengarah SKM

Cawangan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur