Kepada anggota dan Pengurus Pemasaran

Pihak Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) ingin memaklumkan bahawa terdapat individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan flyers pembiayaan KKMB di media sosial ( Facebook, Whatsapp, Blog dan lain-lain). Oleh itu, sebarang penggunaan atau pengedaran flyers yang berkaitan pembiayaan KKMB diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada KKMB terlebih dahulu.

Kami menasihatkan semua anggota KKMB untuk sentiasa berwaspada dan memastikan hanya maklumat yang sah dan sahih daripada KKMB digunakan atau diterima.

Sekiranya terdapat pengurus pemasaran yang terlibat dalam penyalahgunaan flyers dengan mengedarkan maklumat yang tidak benar, tindakan tegas akan diambil dan perlantikan pengurus pemasaran tersebut akan dihentikan serta-merta.

KKMB menegaskan bahawa keselamatan maklumat dan kepercayaan anggota adalah keutamaan kami.

Pihak KKMB akan memaklumkan sebarang maklumat baru hanya di laman rasmi kami dan media sosial kami Facebook .

Daripada

Pengurusan

Koperasi Konsumer Malaysia Berhad