Mesyuarat lembaga yang bersidang pada 25 April 2024 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh untuk anggota mengemaskini yuran bulanan sehingga 30 Jun 2024.
Anggota yang gagal mengemaskini yuran bulanan sebelum tarikh diatas akan hilang kelayakan sebagai anggota mengikut UUK 21 (2) (E) iaitu gagal menjelaskan yuran menurut undang-undang kecil 58, enam bulan berturut-turut dengan tiada kebenaran lembaga.
Semua anggota boleh menghubungi pejabat koperasi bagi urusan pembayaran yuran bulanan atau pengeluaran bagi anggota yang sudah terhenti keanggotaan.
Arahan
Lembaga KKMB
sk: Pengarah SKM
Cawangan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur